Click here for Myspace Layouts

Friday, June 17, 2011

Serangan Anonnymous Ke Atas Laman-laman Kerajaan


1. Diwarwarkan di media-media dan laman sosial bahawa satu kumpulan hackers akan menyerang laman-laman yang berkaitan dengan kerajaan (TELAH BERLAKU)

2. Maka, serangan pun berlaku pada masa yang ditetapkan. Kumpulan teknikal kerajaan mula menunjuk hero dengan berjaya memulihkan kesemua laman yang diserang pada masa beberapa jam sahaja. Padahal sebelum tu, kalau ada sebijik komputer rosak pun, dekat sebulan nak kena tunggu baru siap diperbaiki. Tak pun, biar je dalam stor.

3. Di media-media, serangan ini disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Negara berhadapan dengan serangan siber yang boleh menggugat keselamatan negara dan keselamatan data-data penting.

4. Pemimpin peringkat atasan akan mengarahkan keselamatan siber di semua laman-laman kerajaan dipertingkatkan. Pakar-pakar keselamatan siber mula mengeluarkan kenyataan yang laman-laman milik kerajaan belum cukup kental menghadapi serangan siber.

5. Bila Dewan Rakyat bersidang, kerajaan pun akan mengusulkan supaya bajet keselamatan siber dipertingkatkan. Sidang punya sidang, debat punya debat, undian dilakukan, usul pun diluluskan. Bajet untuk keselamatan siber akan dipertingkatkan pada Bajet 2012 akan datang.

6. Bajet dah ada, apa lagi?Keluarlah tender-tender untuk meningkatkan keselamatan sekuriti di laman-laman negara. Yang dapat tender?kroni-kroni orang tertentu.

7. Habis cerita. Kesimpulannya, skrip yang sama akan diguna pakai untuk memohon bajet bagi perkara-perkara lain pula. Bajet untuk tenaga nuklear contohnya.

8. Kah kah kah.
Ak turut menyokong kata2 ini..

Antara website sharing di hack oleh SKMM :
- megaupload.com
- fileserve.com
- filestube.com
- megavideo.com
- megaupload.com
- thepiratedbay.org
- movie2k.to
- putlocker.com
- depositfiles.com
- duckload.com

No comments:

Post a Comment